Kalau nak bercerita pasal emas ni..agak menarik untuk dibincangkan sebenarnya. Sekarang ni macam dah trend dan heboh kat internet ni sana-sini suma dok bercerita psl menyimpan emas, simpan 1 gram 1 bulan, emas kalis inflasi, simpan emas lebih menguntungkan dari ASB, ekonomi negara semakin tenat..baik simpan emas dari simpan wang fiat, emas boleh gadai dan macam-macam lagi.
Bercerita psl emas ni pulak, memang akan panjang lagi pulak ceritanya.. emas mana yg bagus disimpan.. yang barang kemas 916 tu ke atau emas pelaburan 999.. samada bar atau wafer tu ke, jongkong ke, syiling emas ke..atau cukup sekadar pakai buku pelaburan emas. Pastu nak beli dan simpan emas fizikal ni pulak.. nak beli dari mana.. Public Gold ke, Poh Kong ke, Habib Jewel ke, Tomei ke.. Powergold ke, HarimauMint atau syarikat-syarikat emas yg lain..
Nanti katakan dah beli emas.. mana lagi bagus..nak pakai ke atau bagus simpan je kalau barang kemas.. atau kalau emas pelaburan tu nak simpan sendiri kat umah ke, atau kat safe box di bank, atau kat syarikat-syarikat yg sediakan perkhidmatan safe box..atau bagus lagi pajak kat Ar Rahnu.. nanti boleh lagi dapat duit 75% kan..:)
Paling tidak pun..ada yg bgtau.. beli jer emas..x rugi..simpan je.. beli time emas murah ni.. nanti harga emas naik..jual la. Kan dapat untung..masalahnya..mana nak tau harga emas..bila masa emas murah.. bila masa emas mahal.. nak tau tu kena tanya kat kedai emas ke, tgk kat kitco ke, tgk kat goldprice ke kat kedai pajak atau kat mana..
Sekarang nampak kan? banyak jugak la yang nak kena tau kan..ianya nampak mcm mudah tp mcm x mudah. nak kata payah pun mcm xdela payah sgt..
Pada saya sendiri.. jawapannya mudah je.. kena ada ilmu. Bila ilmu itu ada.. semuanya akan nampak mcm jelas.. dan tau apa nak buat.. ilmu emas ni boleh dapat dlm pelbagai cara.. paling tidak pun.. google je kt internet.. mcm2 ada.. kena banyakkan membaca.. baca kat blog otai otai emas ni.. free jer.. ilmu kena cari.. kena rajin.. kalau ada masa atau bajet.. boleh sertai seminar seminar psl emas ni.. byk pihak yg buat..ebook psl emas pun banyak..
Bercerita psl emas ni..pengalaman saya sendiri.. bermula sekitar tahun 2007.. saya mula tau psl emas dari seorang sahabat lama.. namanya pokli.. banyak ilmu emas yg saya dapat dari dia. Time tu x silap saya.. dia pun agak baru jugala dlm emas ni. Sekarang ni kalau sebut nama dia.. rasanya sapa sapa yg join Public Gold mesti kenal dia kan :) then selain tu juga.. ada la saya dok baca-baca kt blog Jutawan Emas Tuan Syukur. Di samping rujukan-rujukan yang lain.
FotoKredit: chiefacoins.com
Jadi saya pun ada la mula simpan sikit sikit. Ada la beli bar public gold ngn Dinar Kelantan.. simpan untuk jadikan "Money Magnet" bak kata Pokli. Time tu Dinar Kelantan agak famous gak.. daripada simpan sikit-sikit ni.. ada la yg dah gadai.. yg jual.. beli lagi.. jual.. pada saya time tu.. sekadar simpan biasa biasa je.. wat hobi.. lagipun beli emas ni bukan mcm beli brg biasa.. ada duit lebih baru beli.. kalau asyik kurang jer duit.. bila nak beli nya.. dlm sekitar masa tu juga.. saya lebih concentrate dgn hobi saya kumpul syiling dan duit lama.. sampai buat blog psl ni.. skrg dah x update dah.. tp lau nak tgk.. boleh tgk kat SINI.
Balik ceta psl emas.. selepas saya Kursus Asas dan join Agensi yg saya kerja sekarang.. saya mcm dah x menyimpan sgt emas ni.. nak kata sibuk pun.. bukanlah alasan yg sesuai.. hobi mengumpul syiling dan wang kertas pun mcm terabai skit.. sibukla kot..hehe..
Kemudian.. naik psl isu pelaburan emas..rempit Ar rahnu.. emas delay.. time ni rasanya ramai yg join dan macam ramaj yg sedia maklumla.. x perlu la nak ceta panjang kat sini. Ramai la juga yg lingkup rasanya. Then rasanya ramai yg serik dan pandang negatif dah psl emas ni..
Pendekkan ceta lagi.. akhir tahun lepas.. dalam dok pikir apa nak buat.. member sorg ni Ayie ajak wat bisnes emas.. jual beli emas.. so ok la. mcm mana kaedahnya.. nanti la saya saya ceta kemudian.. tapi disebabkan saya ni xdela tau sgt psl barang kemas.. pasaran dll.. saya serahkan kat dia untuk yg ni. saya lebih berminat dgn emas pelaburan.. lgpun ianya lebih kepada mulakan balik hobi lama saya..
Untuk tahun 2017 ni juga. disebabkan dah decide nak fokus emas ni sebagai bisnes tambahan.. saya decide perlukan komitmen skit dan lebih serius.. jadi saya buat keputusan untuk jadi Dealer Emas.. baru mudah.. baru boleh dapat harga agen dll lagi.. nanti kemudian la ceta..
Kenapa saya pilih untuk jadi Dealer dan Agen untuk dua syarikat ni..nanti saya akan ceritakan kemudian pada PART 2.. sebab mcm dah panjang sangat dah post ni.. korang pun mesti dah bosan baca post panjang panjang ni kan.. hehe..
Tapi ni lah yg saya join :) mcm kt bawah ni..
dan juga yang ni..
Ok.. jumpa lagi next post..
0 comments:
Post a Comment