Nak scan semua ceta tu mcm byk mukasurat lak, tapi aku postkan balik apa yg ada kat kosmo online.
Barang kemas timbul dari tanah
TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.
Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah.
Bagaimanapun menurut Hamidah yang tinggal di Kampung Muhibbah di sini, untuk mengeluarkan harta karun itu, ia mestilah melalui proses 'menarik' yang disertai dan diketuai kenalannya dari negara jiran itu. Antara syarat yang diperlukan untuk mengeluarkan harta itu, seramai tujuh orang diperlukan untuk berzikir serta membuat beberapa persediaan lain di kawasan yang didakwa mengandungi harta berkenaan. Selepas, semua upacara itu selesai, salah seorang daripada tujuh orang dalam kumpulan berkenaan akan diminta untuk mengambil harta karun tersebut yang dikatakan timbul dari tanah.
Menurut Hamidah, harta-harta yang timbul itu pula kemudiannya akan dibahagi-bahagikan kepada semua tujuh orang yang berzikir tersebut. Katanya, sehingga kini, beliau masih menyimpan harta karun itu yang terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin yang timbul dari tanah belakang rumahnya.
Sementara itu, seorang daripada tujuh sekawan berkenaan, Kamaluddin Mohd. Zain, 70, pula menegaskan, perbuatan mencari harta karun tersebut tidak ada kena-mengena dengan perbuatan memuja. "Tidak ada unsur-unsur pemujaan atau penggunaan ilmu hitam," katanya. Katanya lagi, upacara menarik harta karun tersebut hanya berlangsung sekitar 20 minit serta dilakukan selepas solat Maghrib dan bukannya pada waktu tengah malam. Menyentuh mengenai jenis harta karun yang dijumpai, jelas Kamaluddin, kebanyakan yang timbul adalah rantai, gelang, subang dan cincin yang dipercayai berusia ratusan tahun.
Antara perkara yg menarik dinyatakan adalah:
- Hamidah berkata, loket sebesar syiling 10 sen yang diperoleh di belakang rumahnya itu cukup istimewa kerana di atasnya berukir ayat kursi." Cukup halus ukirannya. Bila ditunjukkan kepada tukang emas, mereka mengatakan ukiran dan rekaan loket itu bukan berasal dari sini dan bukan dibuat pada zaman ini". Nie gambar loket itu:
- Hamidah" Cuma yang bernasib baik akan jumpa. Kalau niat tak baik, emas pada barang perhiasan itu akan hilang," katanya yang mengakui ada antara barang kemas yang dijumpai tidak bertukar menjadi emas.
- Kamaluddin" Saya dipesan agar tidak menjualnya walau apa pun yang terjadi. Ia boleh diberi kepada orang lain namun tidak semua orang boleh memakainya. Pemilik barang kemas kemas itu pasti mendapat gangguan seperti hati tidak tenteram, susah untuk tidur malah mendengar suara orang berbisik pada waktu tertentu. Lebih menarik, bilangan barang kemas yang dijumpai itu didakwa boleh bertambah dan adakalanya akan hilang. "Macam gelang tangan ini. Dulu masa diambil, hanya ada dua utas. Apabila saya balik ke rumah dan mengiranya kembali, bilangannya sudah menjadi tiga".
sumber: Kosmo dan Kosmo Online.
So, apa pandangan rakan2 sekalian? Nie betul barang kemas ke apa nie? Boleh kita sama-sama bincangkan..:)
5 comments:
kawe dah tanya sesorg yg mahir pasal ini...sebenarnya benda ni adalah SCAM...ada org kena tipu oleh geng2 penarik emas...kononnya boleh tarik emas dlm tanah...byr rm7k...pastu geng2 ni beli emas hok mainan tu....tanah dalam bumi..pastu kononnya jumpa harta karun....wallahualam....
mana ada cara senang nak KAYAAA
kena berusaha
ini harta Ahmad Albab yang punye....
aku naik pelik bila melibatkan benda2 ghaib ni
jawapan ore yg bodoh je ckp xlojik bleh tarik emas...nabi sulaiman pun guna bantuan jin untuk dapatkan emas dalam bumi...
Bnda ni wujud namun perlukan org yg berilmu.. Wujudnya scam ni konon2 dia berilmu dan blh buat tp sbnarnya orang2 scam ni xde ilmu pengetahuan.. Sebab itu ramai yg tertipu..
Post a Comment