Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

31 August 2009

Sejarah Syiling Emas di Malaysia

Salam,

Dengan mengambilkira faktor cuti yang ada dan xde apa yang nak dibuat, aku ada la wat sikit search psl sejarah syiling emas kat Malaysia nie. Kalau x lengkap tu minta maaf la yea sbb nie apa yg aku jumpa kat internet je. sapa2 yg ada info boleh tambah kat ruangan komen, nanti aku updatekan.

Sejarah syiling emas di Malaysia bermula pada tahun 1971 di mana syiling yang dikeluarkan memaparkan gambar Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Syiling ini mempunyai nilai muka 100 Ringgit, diameter 27 mm, berat 18.66g dan ketulenan 917. Sebanyak 10,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:

Obverse of 1971 Malaysia Gold 100 Ringgit
Muka Depan

Reverse of 1971 Malaysia Gold 100 Ringgit
Muka Belakang


Kemudian pada tahun 1976,bersempena dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia yang ketiga, Syiling emas dengan memaparkan gambar Tun Abdul Razak pula dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter tidak diketahui, berat 7.3g dan ketulenan 900. Sebanyak 50,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:

Obverse of 1976 Malaysia Gold 200 Ringgit
Muka Depan

Reverse of 1976 Malaysia Gold 200 Ringgit
Muka Belakang

Pada tahun 1977,bersempena dengan Southeast Asian Games ke 9, Syiling peringatan emas dengan gambar Bajau Berkuda dikeluarkan. Syiling yang dikeluarkan ini mempunyai nilai muka 200 Ringgit, diameter 24 mm, berat 7.22g dan ketulenan 900. Sebanyak 12,000 unit telah ditempa. Gambarnya adalah seperti di bawah:


Selain itu, terdapat juga syiling emas yang dikeluarkan bagi sesuatu acara yang berlangsung. Syiling Peringatan ini dikeluarkan dengan jumlah tempaan yang terhad. Ada juga yg dikeluarkan menggunakan medium atau logam yang lain seperti perak. Aku cuma fokuskan pada syiling emas saja sebab nanti bercelaru pulak nanti, hehe. Antaranya adalah seperti berikut:


The 250 Ringgit Fifteenth South East Asia Games, 1989, gold.


The 250 Ringgit Employees' Provident Fund 25th Anniversary, 1951-1976, gold.



The 500 Ringgit 25th Anniversary of Independence, 1957-1982, gold



The 250 Ringgit 30th Anniversary of Independence, 1957-1987, gold.


RM250 United Nations Decade for Women Coin, 1986; Gold.



The 100 Ringgit, Tunku Abdul Rahman 13 Year Premiership, 1971, gold.


The 500 Ringgit World Wild Life Conservation, 1976, gold.


Pada 2 Julai 2009, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan Emas (pruf) bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Duit syiling peringatan pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya ialah RM1,248 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa. Selain itu, turut dikeluarkan adalah Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.


(* Abaikan dulu gambar awek comel tu, tgk syiling tu jer, hehe)


Pada masa sekarang pula, Bank Negara telah mengeluarkan syiling emas yang dinamakan Kijang Emas. Rasanya yang nie ramai yang dah tau. Bila tarikh mula dikeluarkan tu aku x dpt nak pastikan pula. Kijang Emas ini ditempa oleh Royal Mint of Malaysia dan dijual oleh Maybank Berhad. Terdapat 3 saiz yang dikeluarkan iaitu 1 aun, 1/2 aun dan 1/4 aun. Gambar dan spesifikasinya seperti di bawah:


Kijang Emas RM200
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm


Kijang Emas RM100
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm


Kijang Emas RM50
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm


Rasanya tu la serba sedikit berkenaan dengan sejarah syiling emas di Malaysia yang aku dapat kongsikan hasil carian yang dibuat. Selain itu, terdapat juga dinar emas yang dikeluarkan dan ada di Malaysia ni seperti Dinar Kelantan, Public Dinar dan yang lain-lain yang aku mungkin x tau. Nanti kalau ada masa, aku akan postkan pula berkenaan dengan Dinar Emas di Malaysia nie.

Sebagai kesimpulan, pada aku la, sapa-sapa yang berminat untuk buat koleksi syiling2 emas nie, amat baik sekali. Sepertimana yang kita sedia maklum, mengumpul emas tu banyak faedahnya utk protect wealth kita atas faktor-faktor yang banyak dibincangkan sebelum nie (boleh rujuk di web jutawanemas atau blog pokli). ditambah pula kalau kita boleh dapat kumpul balik syiling2 emas yang ada nie, mengambilkira nilai estetikanya dan value emas tu sendiri, mmg syok..:) yela, mcm kumpul setem la jugak, x kan nak kumpul setem kuala lumpur je kan. nie semua bergantung pada minat la. Apapun, mengumpul emas nie x kira la dalam apa bentuk pun mmg x rugi.

Jumpa lagi.

sumber:
http://www.taxfreegold.co.uk/malaysia.html
http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=4&pg=53
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1637&lang=bm
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/2/mstar_berita/20090702145241&sec=mstar_berita
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=441&ac=302&lang=bm
Share:

Kategori Baru - Link Partner

Salam semua.

Hari nie aku terpikirkan utk wat satu kategori baru kat blog nie, namanya link partner. aku nie sebenarnya xde la tau sgt psl blog ni, main try n error jer. tapi nampaknya mcm jadi jer. hehe.

Mungkin member2 yg dah lama wat blog atau ada website tau kepentingan link partner nie. benda nie nak bagi traffic blog kita ni naik la, so lagik ramai yg tau wujudnya blog kita nie lagilah bagus. ada byk lagik sebenarnya nak bagi trafik org masuk ke blog kita nie, utk detail bolehlah rujuk kepada sapa2 yg pakar, aku tau asas jer nie, share jela setakat yg aku tau, antaranya dengan join website2 yg org boleh vote blog kita mcm yg aku baru wat juga tu, pastu join la forum dan kita letakkan banner kita sebagai signature, boleh gak join social bookmark, google adsense dan mcm2 lagiklah. utk detail boleh rujuk kat forum2 yg ada seperti carigold dll.

apa yg pentingnya kalau kita buat blog atau nak mula berkecimpung sebagai blogger ni, walaupun partime jer, kenalah wat promosi skit. kalau x, org xtau. so kalau kita ada produk atau info yg bagus tapi xde org masuk baca pun x jadi jugak kan.

selain tu, kalau x salah aku, ruangan komen tu sebenarnya boleh membantu dlm menarik trafik ke blog kita. so, komen2 la mana yg patut yea.

jadi, sapa2 yg ada blog atau website tu, jemputlah exchange link dgn aku k.

jumpa lagik.
Share:

Link Partner


Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke
nuaraca@gmail.com



Link Partner Nuaraca:

Iklan Percuma

www.iklanfree2u.com





Share:

30 August 2009

Bonus Percuma: eBook bertajuk "8 Cara Jimat Wang Anda"

Salam,

sambil2 dok godek2 blog arini..kebetulan lak free arini, aku ada buat satu kategori baru yang dinamakan bonus percuma. sesuai dengan konsep "sharing is charing" dan 1Malaysia yg disarankan oleh PM kite (mcm best je ayat..hik hik), jadi kalau aku ada jumpa ebook, bahan bacaan yang menarik ataupun tools yang berguna, aku akan letakkan kat ruangan nie.

so, sapa2 pun kalau nak boleh jer download dengan klik kat kotaknya dan ikut arahan seterusnya. Bonus percuma utk arini adalah ebook bertajuk "8 Cara Jimat Wang Anda" hasil tulisan Khairulahar a.k.a. Thinkerich, boleh amik kat ruangan kat atas k.

jumpa lagik.
Share:

Bonus Percuma

Share:

Syiling Emas Terberat di Dunia - 100 kg!!

Syiling emas yang paling berat di Dunia ini dipamerkan di Zeist Belanda baru-baru ini. Syiling emas ini dibuat oleh Jabatan Syiling Diraja Kanada pada bulan Mei tahun 2007. panjang garis pusat syiling ini 53 sentimeter, tebalnya 3 sentimeter dan beratnya 100 kilogram. Ia sekarang bernilai sejuta dolar Kanada. Ketulenan emasnya mencecah 99.999%.







Share:

Bagaimana Proses Gold Bar dibentuk

Walaupun x faham apa benda yg dikatakan tu, tapi dengan tgk video nie rasanya boleh nampak kot.



Share:

Sultan's Treasures

Nie sultan mana pun x pasti la, maby Sultan Brunei kot.

Share:

Koleksi Syiling Emas

Sesi tayangan video masih berterusan..:)

Share:

1kg Gold Bar at Dubai International Airport

Sambil dok jenguk2 kat youtube, terjumpa psl nie. best tul kalau dapat nie, rasa mcm nak rompak pun ada, hehe. layan jela yea..:)

Share:

Affiliate dan Pengiklanan







Share:

28 August 2009

Branding Nama Anda



FotoKredit: eyetoad.com

Salam semua,

kebelakangan nie agak busy skit, lama dah x post apa2 nie.

Sebelum nie aku pernah janjikan nak berkongsi skit mengenai "branding nama anda". sebenarnya perkara nie ramai yang dah tau, cuma x aplikasikan saja. tapi perkara nie agak penting juga dalam kita ingin mengetengahkan nama kita dalam apa-apa bidang pun. sekadar mengambil beberapa contoh, kalau kita sebut "fast food". mesti kita akan terus terfikirkan kepada McD, KFC dll la. tapi mengapa kalau kita sebut fast food jer, mesti nama-nama yang nie akan kuar dulu? x bolehkah kalau kita sebut aje "fast food", yg pertama kuar adalah adalah yang lain? Marrybrown, Dunkin Donut ke dll. Ataupun kalau dulu sebut burger je mesti ingat Ramly Burger dulu (skrg nie Burger King dulu kot..:)) kenapa tidak yang lain. Byk lagi lah contohnya.

dan kalau dikecilkan skit skop kepada dunia emas pulak, sekarang nie rasanya dalam internet nie yang paling top adalah jutawanemas shukor dan disusuli oleh pokli kot (promote sifu nie, hihi). kalau yang ikuti bidang rumah lelong rasanya didahului oleh pie.

jawapannya adalah kerana mereka nie semua telah branding nama mereka dengan betul. ditambah dengan tools lain seperti tagline (akan diceritakan kemudian) yang mereka gunakan, dan faktor2 lain, mereka berjaya branding kan nama mereka sepenuhnya.

nampak mcm sukar, tapi boleh mulakan dengan beberapa perkara asas. cthnya seperti perkenalkan nama kita dengan ringkas dan unik. cth mcm shukor, pokli, pie, jurukur dll (sekadar menyebut beberapa nama). ini sebenarnya memudahkan orang utk ingat nama kita. xperlu utk letak nama betul kita yang panjang2, nanti org payah nak ingat dan seterusnya lupa. selain tu, rasanya pengkhususan juga agak penting. kalau boleh cuba khususkan apa yang sebenarnya ingin kita pasarkan. jika terlalu rojak dan banyak benda akan menyebabkan sukar utk kita branding nama kita.

Byk lagik la rasanya kaedah2 nie, yg penting aku cuma nak share benda yg aku rasa boleh dikongsikan dari segi ideanya. mungkin member2 lain boleh tambah lagi di komen nanti.

ok, jumpa lagi.
Share:

09 August 2009

"Syarikat"kan Diri Anda

Salam semua, kali nie aku nak kongsi skit bagaimanakah untuk meng"syarikat"kan diri anda.

Untuk lebih memudahkan, kita tengok dulu apakah persamaan atau ciri2 yg ada antara anda dan sebuah syarikat.

1) Walaupun ada syarikat yg tujuannya bukan mengaut keuntungan, tetapi secara asasnya sesebuah syarikat itu ditubuhkan utk mengaut keuntungan iaitu berdasarkan sesuatu sales, penjualan perkhidmatan dll dan ini merupakan income syarikat. anda pulak mungkin bekerja saja, dpt gaji, tu kan income anda..:)

2) Expenses. sesebuah syarikat mmg akan mempunyai perbelanjaan spt pengangkutan, utiliti, donation dan macam2 la. sama la juga kita pun, ada gak belanja pengangkutan, utiliti dll.

3) Gaji pekerja. Anggaplah pada mana yg ada isteri dan anak2 tu, pemberian nafkah tu sebagai gaji. aku belum kahwin, so kira aku xde pekerja la..:)

4) Apa lagikk, pembantu pejabat tu boleh tukar dengan pembantu rumah kot, haha.

5) Mcm2 la kalau nak tulis, aku just nak dptkan idea je.

ok, then kita tahu bahawa semua2 perlulah diakaunkan untuk mendapat tahu bahawa ada syarikat kita nie menguntungkan, balik modal saja ataupun merugikan. dengan kata lain perancangan kewangan ataupun costing nie salah satu aspek penting, seterusnya diikuti dengan sistem perakaunan yang betul. kalau x mana nak tau kan. so, sama la kita pun, kalau x buat bajet dan akaun yg betul, manalah kita nak tau kita nie sebuah syarikat yg jenis mana satu, menguntungkan, balik modal ke, ataupun merugikan.

rasanya bab perbelanjaan nie xde masalah kot, cuma item2nya saja kena kenalpastikan. ok seterusnya bab pendapatan syarikat. kalau kita kerja makan gaji saja, gaji tulah merupakan pendapatan kita ataupun sales utk menguruskan perbelanjaan-perbelanjaan kita. tapi kalau ada yang buat partime benda2 lain seperti jual prepaid ke, mlm ke, jual emas ke, main forex ke, anda boleh anggap tu sebagai sesuatu tender yang diperolehi ataupun satu anak syarikat di bawah anda. so kenalah anda monitoring, adakah tender atau anak syarikat ini memguntungkan atau merugikan. Kalau untuk baguslah. kalau balik modal pun ok, tapi kalau rugi!!

so, secara ringkasnya, untuk menguruskan kewangan diri kita samalah juga mcm menguruskan sesebuah syarikat. kena ada bajet yang betul, perakaunan yg betul, disiplin yg betul, perbelanjaan yg berhemah dll, semuanya adalah untuk memastikan bahawa ianya menguntungkan. byk lagi boleh dirungkaikan kalau kita nak tgk apakah persamaan2 mahukan ketidaksamaan yg ada. tapi tu bukanlah tujuan post ni ditulis.

nantikan pulak post mengenai "branding nama anda" dan "apakah tagline anda" di episod seterusnya, hehe.

Opss, Tak tahu bagaimana nak bermula??

Jangan bimbang, untuk permulaan boleh mulakan seperti yg rakan saya MerdekaHutang nie buat. baca apa yg dia tulis dan tools yang digunakan tu. (ok ek merdeka, promote sikit, hehe)
Share:

01 August 2009

Tips: Percentage Kejayaan Jika Mencuba

Jangan takut untuk mencuba!

Percentage kejayaan jika mencuba = 50%,
iaitu 50 peratus berjaya atau 50% gagal.

Percentage kejayaan jika x mencuba = 0%.
Anda tidak akan gagal, tapi anda pun tidak akan berjaya!!
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab