Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More
Satu Perjalanan Ke Arah Financial Freedom

27 July 2009

Kepentingan Network




Salam.

Kali ni kita sembang2 psl network. ramai org dok tanya bagus ke ada network nie? ada kata x bagus sebab nanti potong line, nanti susah nak jual produk sbb byk persaingan, susah nak maju, dan mcm2 lagi. pada aku mula2 kena paham dan bezakan dulu apa erti newtork(rangkaian) dengan competitiors (pesaing2). dari situ baru kita boleh jawab persoalan nie.

Kalau ramai pesaing maby akan menyebabkan keadaan di atas akan berlaku. makin ramai pesaing akan menyebabkan susah nak tembusi pasaran. ok kalau network lak, bermakna rangkaian yang kita ada yang boleh membantu kita. nak lagi mudah kita tengok contoh di bawah:

katakan anda menjual emas secara solo dan xde rangkaian. sekarang nie anda ada beberapa keping emas dlm bentuk dinar shj, xde yg lain. katakan dalam hari tu ada 2 pelanggan bertanyakan tentang emas tapi dia nak yang gold bar, anda xde. apa anda akan buat? anda xde network ni. so pilihan yg anda ada adalah, samaada terus kata ada xde stok dan xde deal lah. ataupun kata kat dia, tunggu saya order dulu, maby dlm minggu depan baru dapat. kalau dia nak tunggu kira nasib baik lah, tapi kalau dia cari penjual lain?? anda dah rugi 2 customer aritu. nie belum cerita lagi maby gak diorg nie merupakan pelanggan yg berpotensi utk jadi "repeat customer".

satu lagi keadaan di mana situasinya sama mcm di atas, cuma bezanya anda ada network. skip cetanya sbb sama je. tapi pilihannya adalah: sama juga mcm di atas tapi...tambah satu lagi pilihan. anda boleh check lu ngn network2 anda yg lain ada x produk yg customer tu mahukan. dalam ramai2 network tu kebarangkalian utk ada adalah tinggi kan? so, anda ada 2 lagi pilihan utk, beli ngn network anda dan jual ke customer anda atau minta network anda uruskan. dengan kata lain channelkan customer anda tu ke network anda. ok, nampak mcm anda x untung kan?? x, sebenarnya anda untung, utk long term. sebabnya, kalau anda amalkan prinsip mcm ni, dan network anda buat yg sama, time dia xde stok dia channelkan balik kepada anda, sama juga kan. dan yg pentingnya, customer anda tu dpt apa yg dia kehendaki. so potesi utk dia jadi repeat customer tu masih tinggi.

masih x nampak lagi?? ok katakanlah kita letakkan diri kita kat tempat pembeli tu. arini tanya barang, xde. minggu depan try tanya lagi, xde gak. agak2 pas2ni kita nak tanya lagi ke ngn dia. payah la kan? tapi kalau kita tanya sekali, ada beberapa kali, mesti ada. lain kali nak berurusan lagi ke dgn dia?? kita xmau tau dia nak ambil dulu ngn network dia ke, nak pinjam dulu ke, tu masalah dia kan. janji kita dpt apa kita nak.

k, tu yg aku nampaklah. boleh kita sama2 bincang kalau ada pandangan k.

jumpa lagi.
Share:

22 July 2009

Cara Membeli Emas Public Gold dan Public Dinar

Kepada para Pembeli Emas Public Gold atau Public Dinar, berikut adalah kaedah untuk membeli emas daripada saya.

1) Telefon/sms : 012 2876187 Nuar

2) Lock Harga yang dipersetujui. Harga semasa adalah sepertimana di Website Rasmi Public Gold (http://www.publicgold.com.my) atau Public Dinar (http://www.publicdinar.com)

3) Set temujanji untuk masa dan tempat penghantaran Emas tersebut.





Share:

Ketenangan Minda

Pernah x anda semua menghadapi situasi di mana pada ujung bulan je rasa mcm serabut atau x sabar2 nak tunggu gaji. mcm makin lambar je rasanya time gaji tu. saya pernah, malah selalu kot. :) tambah teruk kalau time ujung bulan tu mcm2 la nak pakai duit. time tu la kena outstation, kereta rosak la, adik nak pinjam duit la, claim lak lambat dan macam2 la. time gini rasanya kena betul2 budget. kalau x, masalah nanti.

so apa yang aku nak kongsi nie sebenarnya situasi yang selalu berlaku pada sapa-sapa yang secara rutin akan bergantung pada gaji semata-mata, termasuklah aku. time tu mula la nak pikir, oh bulan depan kena berjimat nie, ataupun terpaksa pinjam lu ngn sapa-sapa yg boleh, nanti gaji bayar balik. secara ringkasnya, time ni boleh dikatakan jiwa pun dah x berapa nak tenang, dah xde ketenangan minda.

dari aspek kewangan, sebenarnya benda2 gini boleh dielak kalau kita mempunyai perancangan kewangan yang betul, tidak boros dan ada disiplin dalam hal-hal berkaitan dengan kewangan. tapi kalau income dah mmg sikit, nak disiplin pun payah gak kan. hehe.

so pada aku, kalau boleh dah xnak lagi hadapi ketidaktenangan minda ni secara berkala pada setiap bulan. biarla kalau boleh tiap2 bulan tu berjalan lancar kewangannya, hati pun senang. xde nak berkira tiap2 bulan, kalau rasa nak buat tu buat je. bukan nak kaya raya, tapi selesa je (short term je ni, kaya tu nak gak sebenarnya..hik hik).

so kalau dikaitkan balik dengan post aku sebelum ni, ada la kaitannya dengan pentingnya simpanan, wang kecemasan dsb. time ginilah gunanya, time terdesak xde la susah2 kan. kalau boleh xde istilah "nak tunggu gaji", baru leh wat.

masalahnya, kalau dah tau gtulah yg akan selalunya terjadi, dan x buat apa-apa, sebenarnya x selesaikan masalah gak. so, kena la mulakan sesuatu untuk mengubahnya. kalau x mcm ginilah hidup kita, mengharapkan gaji semata-mata. x timbul lah "peace of mind" nie. hidup kena ada perubahan, dan perubahan tu harus dimulakan..:). Nasib baik la aku dah tersedar.

p/s: aku kata kat diri aku nie sebenarnya. tu sbb mcm merapu dan x tersusun je ayatnya nie, tapi harap korang paham la apa yg aku nak sampaikan nie..
Share:

14 July 2009

Update Blog

Salam semua,

sebenarnya banyak gak peristiwa yang berlaku akhir2 nie. Cuma x sempat nak update blog jer sbb kekangan masa dan kerja. Maklumlah kerja siang ngn mlm x tentu masa balik, hehe.

tengok lah nanti kalau ada masa free, ada bebrapa benda sebenarnya nak post nie.

Sambil2 tu, nak ucapkan tima kasih pada pokli sbb lantik jadi wakil dia untuk urusniaga emas. psl nie nanti akan di update secara detail kemudian k. Cuma kalau sapa-sapa yang yg tau lebih lanjut psl emas nie boleh kunjungi blog pokli, http://pokli77.blogspot.com.

Jumpa lagi.
Share:

05 July 2009

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kebebasan Kewangan?

Salam.

Malam nie aku ada terbaca satu benda yang menarik. so rasa nak share kat sinilah..:)

kalau tgk kat tajuk blog aku nie, "Satu Perjalanan ke arah Financial Freedom". nampak mcm senang difahami dan jelas maksudnya. aku pilih tajuk nie pun sbbnya nak ingatkan diri aku sendiri yang blog nie aku buat sebagai satu titik tolak untuk aku memulakan penghidupan baru dalam bidang pengurusan kewangan aku sendiri. Psl nie aku x nak ceta banyak, lagipun ianya sebenarnya adalah matlamat yang aku setkan utk diri aku jer, hehe.

ok, yg aku rasa nak share sebenarnya adalah, apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan financial freedom nie, ataupun kebebasan kewangan nie. so aku search la kat internet utk tau lebih lanjut. mcm2 yg kuar tp aku tertarik yg nie. satu jawapan yg simple je, tapi bergantung dan perlu dirungkai oleh diri masing2.

aku jumpa nie kat sini , terus aku letak dalam section pengurusan kewangan, hehe.

kata dia, kebebasan kewangan nie boleh dibahagi kepada 2, iaitu:

1) Tak ada hutang, tapi cukup duit utk menanggung keperluan hidup seharian sehinggalah kita mati.
2) Ada hutang, tapi hutang itu membantu menghasilkan lebih banyak duit bagi menanggung keperluan hidup.

so, pilihlah sendiri yang mana satu kita nak. mcm aku cakap tadi, jawapan yang simple tapi bergantung pada diri masing2.

Pilihan aku, no. 2..:)
Share:

04 July 2009

Membaca di Malam Minggu

Malam minggu nie aku dok umah. masih dlm mood membaca. Banyak gak blog aku baca mlm nie. semuanya byk psl emas ngn hartanah. ada gak jumpa blog2 yg best ngn berilmu tu yg aku follow. bagus gak la blogger nie wat yg follow tu. senang nak check balik. kalau dulu nak kena save link blog tu siap2, penuh link dok bookmark kat mozilla, hehe.

Byk gak dah skrg yg aku tau terutamanya psl emas ni. sbnrnya tunggu duit masuk je dlm minggu depan jangkaannya. dpt je duit terus nak sambar emas ngn pokli, aritu dah janji ngn dia. Dia dah x ingat xper, janji aku ingat..:)

Pastu, nak gi buka akaun GIA kat PBB. x sabar lak rasa nak tunggu nie.

Yang bab hartanah tu skrg tgh dok collect ilmu lagi, byk lagi yg xtau. ok la, sambil2 tu boleh la tunggu nama clear skit kat rekod ccris. lagipun nie dah masuk dlm middle-term plan. agak2 dlm awal tahun depan dah leh start rasanya projek nie.

so, sambung membaca balik sementara ada mood nie..
Share:

Bila Anda Tahu dan Bila Anda Bermula

Salam,

semalam aku ada sembang-sembang ngn member opis aku, nama dia lan. Mcm2 la sembang termasuklah psl nak buat duit lebih. mcm mana caranya dan benda2 terbaru yang boleh join. Aku kata kat dia, akhir2 nie aku ada la menjelajah blog2 orang ngn wat kajian skit. dia pun mcm aku gak la, malas dah nak join bisnes2 mcm mlm, jual2 barang dan yang pakai banyak masa nie. maklumlah keja kitaorang x mengizinkan kerana masa xleh nak rancang sgt. keja apa tu, rahsia, hehe.

so, aku pun bgtau la kat dia yg planning yg aku sedang dan akan buat nie. dimulakan dengan mak susun balik kedudukan kewangan aku dan plan seterusnya. aku bgtau gak la, kalau ikut yang aku baca, mcm kitaorang nie susah la kalau nak wat part time belah malam ke sbb malam pun kadang2 kena keja selain kekangan masa yang terhad. kat sinilah penting utk cari yg pasif income. dipendekkan ceta aku share la ngn dia psl hartanah ngn emas. aku ada la juga baca ngn wat research skit2 psl ni. mmg potensinya amat luas. dia pun berminat gak. so aku sambung ceta lagi. bgtau psl org yg dah wat dan ceta psl mcm ner pie ngn shukor berjaya dlm lapangan masing2. pie ngn rumahnya dan shukor ngn emasnya.

dipendekkan ceta lagi. mmg boleh dikatakan kita mmg dah tau dari dulu lagi psl emas dan real estate ni. kita bukan xtau yg emas nie dari tahun ke tahun akan naik harga, mcm tu la hartanah ni. cuma kita je xnak ambil tahu dgn lebih lanjut. maby sbb2 spt kekurangan modal atau kewangan menjadi halangan.

apa yang aku nak share kat sini adalah, kadang2 kita semua (termasuk aku) bukannya xtau psl satu2 benda tu, peluang yg ada, potensinya dan sejauh mana kita boleh pergi. cuma kita mcm buat2 xtau atau ambil mudah dan lepaskan je peluang tu begitu sahaja. cuma mungkin kita bolehlah kata kalau org ceta psl emas kat kita, ohh, aku dah tau lama dah psl nie. kalau org ceta psl hartanah, yg nie pun aku dah tau lama dah. cuma xde modal jer...

so, pengajarannya jika nak kaitkan balik dgn topik ni, rasa aku semua dah boleh agak dah. yg penting bukannya bila anda atau kita tau, tapi bila kita nak bermula.

renung-renungkan, hehe..
Share:

Rahsia Warren Buffet

Arini dok umah jer, sambil2 tu layan internet sambil main game. terjumpa la beberapa benda yang aku rasa boleh sama-sama share.

Kali ni aku nak share rahsia kejayaan orang yang bernama Warren Buffet. Rasa aku xperlu aku nak ceta siapa dia nia, ramai dah tau. yg belum tau tu tanya je pakcik google, nanti dia akan tolong, hehe.


Inilah Rahsia kejayaan Warren Buffet.



1. Kaya itu berasal dari Mindset:

"I always knew I was going to be rich. I don’t think I ever doubted it for a minute.”
-Warren Buffett


2. Jangan sesekali berjudi atau mempertaruhkan nasib:

"Gambling Is A Fools Game. Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1."
-Warren Buffett


3. Berhati-hatilah dengan siapa anda bergaul:

"It’s better to hang out with people better than you. Pick out associates whose behavior is better than yours and you’ll drift in that direction."
-Warren Buffett


4. Buat apa yang anda gemari:

Ketika ditanya CNBC apakah antara rahsia kejayaan beliau? Buffet menjawab..

"Success is really doing what you love and doing it well. It’s as simple as that. I’ve never met anyone doing that who doesn’t feel like a success. And I’ve met plenty of people who have not achieved that and whose lives are miserable."
-Warren Buffet


5. Kawal Perbelanjaan:

"Pengeluaran lebih kecil dari pendapatan".
Buffet terkenal dengan cara hidupnya yang serba sederharna. Dia masih tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 1958. Memandu kereta model Lincoln tahun 2001 dan hidup dengan gaji USD$100,000/tahun berbanding dengan kekayaan bersihnya yang bernilai berbilion-billion dollar. Ternyata pengeluarannya sangat kecil berbanding pendapatan beliau.

6. Jauhilah hutang:
Buffet menjauhi hutang untuk tujuan pembelian penggunaan peribadi. Sebaliknya beliau hanya berhutang dengan bijak sebagai leverage kepada pelaburannya. Satu fakta yang menarik, beliau langsung tidak memiliki sebarang kad kredit.

7. Amalkan prinsip “Giving and Receiving”: Kemurahan hati dan kelimpahan berjalan seiring.
"Even though Ben Graham [Buffett’s mentor] had everything he needed in life, he still wanted to give something back by teaching, So just as we got it from somebody else, we don’t want it to stop with us. We want to pass it along too." -Warren Buffett

8. Lakukan perkara yang betul: "You only have to do a very few things right in your life so long as you don’t do too many things wrong." - Warren Buffett
sumber: http://aurakaya.blogspot.com


Inilah rahsia kejayaan dia dan aku rasa kalau kita nak berjaya sama kenalah amalkan juga. Pada aku kalau nak jadikan contoh @ idola @ mentor @ sifu, x kira sapa. dia boleh jadi org2 yang dah berjaya atau terkenal. ataupun member2 kita sendiri pun, yg penting mana yg baik dah positif tu ikutlah.

ok. kalau ada lagi info-info mcm nie nanti aku akan share sama. Mood tgh rajin membaca nie..:)
Share:

03 July 2009

Tips Hari Ini: Sharing is Caring

Tips Hari Ini:

"Sharing is Caring"

Aku ambik tips ni dari blog sifu pokli (http://pokli77.blogspot.com). tima kasih pada dia sbb akhir2 nie banyak yg aku dapat belajar hasil pembacaan aku di blognya. psl investment emas, hartanah, pengurusan kewangan dll. kalau ada masa, jenguk2 la baca sama kat blog dia. kalau boleh nanti aku nak ikut jejak langkah mcm dia, hehe.

selain tu, kalau ada masa pada sapa2 yg baru nak berkecimpung dlm bidang ni dan nak tau mcm ner nak dptkan rahsia pasif income, boleh gak jenguk kat 2 lagi blog yg saya aku tgh dok baca lagi. ni blognya, kalau psl hartanah boleh jenguk kat blog otai hartanah pie (http://www.pie2020.com/blog) dan kalau nak tau lebih psl selok belok dunia emas boleh jenguk kat web otai emas (http://jutawanemas.com/v1). Byk info dan tips berguna yg korang boleh dpt nanti.

Nanti korang akan tau apakah yg dimaksudkan dengan tips hari ni:

"Sharing is Caring"

Jumpa lagi.
Share:

Tabung Kecemasan



Arini aircond keta lak wat hal. tukar condenser kena dlm rm330. baru jer nak belajar berjimat cermat, hehe. tu la org kata. jimat part lain, part lain lak kena kuar. rasanya benda mcm nie mmg selalu akan berlaku. plan la mcm ner pun kalau dah nak jadi lain, xleh wat apa pun.

so, pengajaran utk hari nie dlm aspek kewangan adalah, kena ada wang ataupun "bajet kecemasan". xkisahlah nak panggil apa pun, wang hujan ke, tabung kecemasan ke, tabung bwh bantal ke, apa-apa lah. kena ada gak bajet kecemasan ini. byk ke x tu bergantung la. kalau boleh lagik byk lagi bagus.

gunanya time2 mcm nie la. tu belum ambilkira hal-hal lain yg mungkin berlaku luar jangkaan. cthnya, ada kecemasan kat kg ke nak kena balik dll. semua tu benda yg di luar kawalan. kalau boleh gunakan bila betul2 emergency jer. selagi boleh survive, survive la dulu.
Share:

Search Box by All Blogger Tricks

Langganan Artikel Percuma

Dapatkan Artikel terbaru yang sentiasa diupdate secara percuma. Jadilah yang pertama mengetahuinya!! Masukkan email Anda di bawah dan klik Subscribe:

Delivered by FeedBurner

Search This Blog

ChatBox

Hubungi Saya:


Nuaraca
Tel/SMS/Wasap: 012 2876187
email: nuaraca@gmail.com

FB:
https://www.facebook.com/nuaraca



Popular Posts

Featured Posts

Recent Comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Total Pageviews

link rel="stylesheet" type="text/css" href="http://blogger-json-experiment.googlecode.com/svn/resources/blogger-feed-rotator-plugin/default-style.min.css"/>

top navigation

Blog Directory
Blog Directory & Search engine
blogarama - the blog directory
Blog Directory by Blog Flux

Link Partner

Nuaraca

Letakkan Logo ini dengan menggunakan kod di atas ke web atau blog anda dan emailkan web atau blog anda ke

nuaraca@gmail.com

Copyright © Nuaraca Network | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com & Distributed By Protemplateslab